PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2024 TELAH DIBUKA.
NOTIS SEKOLAH
Pendaftaran Tahun 1 sesi persekolahan 2024 telah dibuka. Tekan untuk maklumat lanjut.
Hari jualan buku dan keperluan sekolah dijalankan pada 15 Mac 2023 bermula jam 8:30 - 11:30 pagi.
Program suai kenal tahun 1 dan prasekolah sesi 2023/24 akan dijalankan pada 17 Mac 2023.
Sesi persekolahan baru 2023/24 akan bermula pada 20 Mac 2023.
AKTIVITI TERKINI SEKOLAH
PERUTUSAN GURU BESAR
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana pihak sekolah SK Permatang Binjai telah berjaya mewujudkan Portal Rasmi Sekolah untuk dimanfaatkan bersama.
Dengan wujudnya portal ini, diharap SK Permatang Binjai akan lebih dikenali oleh masyarakat sekitar, sekaligus menjadi penghubung dan penyebar maklumat yang lebih pantas dan terkini kepada murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat.
Mudah-mudahan sekolah ini akan terus berjaya menghasilkan anak didik yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum serta berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kerjasama dari semua warga SK Permatang Binjai dalam menjayakan usaha-usaha murni ini amat saya hargai.
Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan portal ini.
Sekian..
HAMDAN BIN HASHIM
Guru Besar
SK Permatang Binjai, Pulau Pinang
17 Mac 2023.