PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2024 TELAH DIBUKA.
TARIKH : 10 MAC 2021
HARI : RABU
MASA : 3.30 - 4.30 PETANG
TEMPAT : RUMAH MASING-MASING
AKTIVITI/ TUGASAN:
Setiap ahli dikehendaki MENYEDIAKAN sebuah buku log untuk aktiviti TKRS.
LEKAT / TAMPAL sejarah TKRS yang telah diedarkan semasa di sekolah ke dalam buku log.
WARNAKAN LOGO TKRS dan LEKATKAN dalam buku log.
LEKAT / TAMPAL Pengertian Logo TKRS dalam buku log.
SEJARAH TKRS
Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.
LOGO TKRS (HITAM PUTIH)
PENGERTIAN LOGO
PERISAI
Melambangkan benteng ketahanan diri daripada sebarang gejala yang tidak sihat.
BULAN DAN BINTANG
Agama Islam sebagai agama rasmi negara.
DUA TANGKAI PADI BERSILANG
Resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan profesional dalam semua tindakan.
BUKU TERBUKA DAN REHAL
Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan, kaum, agama dan latar belakang budata ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
WARNA HIJAU
Alam sekitar yang sihat
WARNA MERAH
Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara.
WARNA KUNING
Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara.
WARNA PUTIH
Keikhlasan dan kesucian.
RUJUKAN TAMBAHAN