Profil Sekolah

logo sekolah

PELAN BANGUNAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Permatang Binjai merupakan sebuah sekolah rendah bantuan kerajaan yang terletak di Kampung Permatang Binjai, Penaga, Pulau Pinang. Sekolah ini berada di dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor dan Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar.

Mempunyai keluasan 1.18 ekar, sekolah ini memiliki 3 blok bangunan utama yang menempatkan 8 buah bilik darjah serta beberapa bilik lain. Sekolah ini juga mempunyai dua buah bangunan lain yang masing-masing menempatkan bilik komputer dan prasekolah.

Sekolah Kebangsaan Permatang Binjai dipimpin oleh Guru Besar, En. Hamdan bin Hashim dan dibantu oleh tiga orang Penolong Kanan. Selain itu, sekolah juga mempunyai 13 orang guru serta 4 anggota kumpulan pelaksana (AKP).

Antara kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah Pusat Sumber, dewan terbuka (Dewan Muafakat), padang serta kantin.

Pada ketika ini, seramai 172 orang murid yang bersekolah di sini dan sesi persekolahan di sekolah ini adalah pada sesi pagi sahaja.