PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2024 TELAH DIBUKA.
TARIKH : 28 APRIL 2021
HARI : RABU
MEDIUM : ATAS TALIAN
TAJUK : MENGHASILKAN BUKU SKRAP
AKTIVITI/ TUGASAN:
Murid dikehendaki menonton video tentang pertolongan cemas mengenai rawatan luka dan pendarahan pada video di bawah.
Nota dan pengetahuan yang terdapat pada video perlu dijadikan sebagai panduan untuk menghasilkan buku skrap. Buku skrap boleh dibuat mengikut kreativiti masing-masing.
Isi kandungan buku skrap mesti mengandungi sekurang kurangnya 1 peta minda i-Think (yang sesuai).
Murid boleh menggunakan apa-apa sumber yang sesuai untuk membuat buku skrap menjadi lebih menarik dan kreatif.
laporan di dalam buku Log unit masing-masing ( PPIM/KRS/PENGAKAP)
Tajuk buku skrap : "Panduan Pertolongan Cemas" .
Laporan aktiviti yang ditulis di dalam buku log adalah bahan bukti penglibatan murid dalam aktiviti Kokurikulum pada hari dan tarikh aktiviti dijalankan
"BUKU SKRAP TERBAIK DAN YANG TERPILIH AKAN DIBERIKAN HADIAH "