PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2024 TELAH DIBUKA.
TARIKH : 7 APRIL 2021
HARI : RABU
MEDIUM : ATAS TALIAN
TAJUK : LAFAZ IKRAR PERSETIAAN PENGAKAP
AKTIVITI/ TUGASAN:
Murid perlu melengkapkan/ menulis laporan aktiviti minggu kedua di dalam buku log Pengakap dengan maklumat seperti di bawah:
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN
Perjumpaan (atas talian) Kali ke-2
Tarikh/ Hari : 7 April 2021/ Rabu
Medium: Atas Talian
Aplikasi: Padlet
Aktiviti: Lafaz Ikrar Persetiaan Pengakap
Murid dikehendaki membaca semula lafaz ikrar Persetiaan Pengakap seperti yang telah dipelajari pada minggu pertama, dan seterusnya menghafal lafaz ikrar tersebut. (rujuk lampiran minggu pertama).
Murid harus berlatih berulang kali agar ikrar dapat dilafazkan dengan lancar dan dengan intonasi yang betul. Contoh untuk melafazkan ikrar Persetiaan Pengakap boleh rujuk pada video yang dilampirkan di bawah.
Apabila murid telah bersedia, murid perlu merakam lafaz ikrar tersebut (seperti pautan video youtube). Murid amat digalakkan untuk memakai uniform lengkap, atau sekurang-kurangnya t-shirt pengakap bersama scarf dan wogel, semasa melakukan lafaz ikrar. Baju PJ sekolah dibenarkan, andai murid belum mempunyai uniform atau t-shirt pengakap.
Rakaman yang sudah siap boleh dihantar ke pautan Padlet yang diberikan di bawah:
MAKLUMAT TAMBAHAN:
1) Kehadiran minggu kedua dikira berdasarkan video yang dihantar.
2) Tiga murid dengan lafaz ikrar yang terbaik akan diberikan hadiah khas.
‘BUAT SEHABIS BAIK’
‘ONCE SCOUT ALWAYS SCOUT’