PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2024 TELAH DIBUKA.
TARIKH : 10 MAC 2021
HARI : RABU
MEDIUM : ATAS TALIAN
AKTIVITI/ TUGASAN:
Penyediaan / Pengemaskinian Buku Log:
Maklumat diri
Tugasan 1:
Logo
Cogankata Pengakap
Persetiaan Pengakap
Undang-undang Pengakap
LANGKAH-LANGKAH:
Murid perlu MENYEDIAKAN sebuah buku Log khas Pengakap untuk menulis laporan aktiviti mingguan. PENGGUNAAN SEMULA buku log tahun sebelumnya (sambung) adalah dibenarkan dan digalakan.
Murid dikehendaki MELENGKAPKAN maklumat diri pada mukasurat pertama. Antara maklumat yang diperlukan ialah:
Biodata ringkas (nama, kelas, hobi, cita-cita, prinsip hidup, menjadi ahli sejak ____ )
Visi dan Misi Sekolah
Nama guru-guru Pengakap SKPB 2021
Murid diminta MENYEDIAKAN LOGO Pengakap pada muka surat kedua. Murid DIBENARKAN untuk cetak dan tampal, namun jika murid dapat melukis logo tersebut adalah lebih baik. Murid juga perlu MENGHURAIKAN secara ringkas definisi logo.
Seterusnya, murid perlu MENYALIN / MENAMPAL Cogankata, Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap di mukasurat tiga. Selain menyalin/menampal, murid diharap dapat MENGHAFAL Persetiaan dan Undang-undang ini kerana ia merupakan syarat asas bagi mendapatkan lencana keahlian.
LOGO PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
KEDUDUKAN JARI SEMASA MEMBACA PERSETIAAN PENGAKAP
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
RUJUKAN TAMBAHAN
MAKLUMAT TAMBAHAN
Buku Log murid akan disemak dan disahkan dari semasa ke semasa oleh guru-guru penyelaras.
Pastikan murid dapat menyiapkan tugasan mingguan / bulanan dengan baik.
Buku Log hendaklah sentiasa lengkap dan ianya dianggap bukti penglibatan murid.